12 March 2015

Suasana Baru

Assalammualaikum...

Berkurun lama dah aku tak update blog. Banyak sangat story aku nak cite tapi masa tidak mengizinkan haha tak ada sapa pun nak halang konon tidak mengizinkan padahal pemalas. Pembukaan untuk tahun ini punya cerita aku nak bagitau aku dah kerja kat tempat baru suasana baru kawan baru meja opis baru bos baru dan segala-galanya baru lah. Sebenarnya aku dah tukar dari 22 September 2014 dari SPA ke MOA (Kementerian Pertanian Industri dan Asas Tani). 


Sedih juga nak tinggalkan SPA yang dah 11 tahun aku mencari ilmu dan pengalaman kat situ tapi aku teringin juga nak cari  pengalaman kat tempat lain. Kawan-kawan 1 bagde banyak dah tukar jab/kem lain. So aku tekad kuatkan semangat nak tukar ke tempat lain. Alhamdulillah masuk bulan ni aku dah dekat 6 bulan kat Moa.... oklah. 

Tudia meja ofis tempat baru haha besar dan yang penting leh golek2 tido kt meja 


Aku di tempatkan bahagian Dasar & Perancangan Strategik. Memang kerja aku ni handel mesyuarat je la jauh beza dari skop kerja di SPA dulu, dulu kerja aku banyak berhubung dengan calon temu duga, buat surat tawaran, interview, outstation. Dan sekarang ni aku sebuk dengan mencari bilik untuk mesyuarat sebuk call ahli-ahli mesyuarat sebuk dengan makanan yang akan di hidang untuk ahli mesyuarat adoi tu yang masalah berat sekarang ni sebab aku dah semakin berat setiap kali ada mesyuarat mesti ada makan best-best matilerrr cane nak kuwusss macam anzalna ni. Tapi walau cane pun aku semakin suka dengan kerja-kerja yang aku buat. Semoga Allah memberkati dan mempermudahkan segala urusan dan kerja-kerja yang aku buat ni. Insyallah

*Rindu kat kawan-kawan di SPA :(


No comments: