25 August 2011

Jomm Sunway Lagoon!!

Salam Ramadan,

Bleh tak aku nak entry pasal cite yang lepas-lepas cite yang dah basi hahaha. biasa la bz kan, sebenarnya banyak benda nak cita ari-ari rasa nak update tapi tu la bz bebeno last-last lupa dah apa benda yang nak cite. ok lah entri kali ni aku nak update pasal kitaorang yang menang netball aritu g bersuka-suka kat sunway lagoon dengan menggunakan voucer sebagai hadiah kemenangan kami yay!


gediks ko nyah

Scream Park sungguh

-__-"


Beratur nak naik ni fuhh!

time ni dah siap baca ayat kursi

dah ayun dah

dead
reaksi muka yg menyaksikan LOL

pastu main benda ni plak...lg ngeri

mat-mat koboi

main roller coster sambil tido..lol

haha sempat lg nak peace :P

nampak tak org yg separuh bogel tu..LOL ngeri dowh!

dh nak balik ni nyempat pose lg :P

tapi memang best sangat dapat main dan mandi-mandi kat sunway lagoon ni, rasa macam nak p lagi :P. gambar-gambar kami berbikini tak dapat la aku nak masukkan nanti ada orang marah.LOL



14 August 2011

Bizi tahap puake!

Salam Ramadan :)

Lately aku adalah tersangat bizi ni bukan main-main bizi ni betul-betul bizi dari pukul 7.30 pagi tu aku duduk kat kusi sampai la pukul 12.30 tghari baru aku bangun. Gile ah kalo kusi tu ada sore dah lama dia memekik kat aku suh bangun sebab dah tak larat nak tampung aku duduk lama-lama haha bleh ke macam tu =,='' students medic kat Russia suma dah abis lebih kurang 4-5 university la dah balik sini so dorang kena la interview dulu sebelum memulakan kerjaya sebagai doktor. Jadi aku adalah orang yang bertanggungjawab memastikan dorang dapat temu duga eceh! penat gile kot.



Eh tak nak dah cite pasal keje nak cite pasal aku lawan netball aritu. Aritu Putrajaya ada buat perlawanan netball tertutup kat presint 18 nak cite team kami juara haha hadiah dapat rm1500 .. motifff nak cite???  LOLOL



Arini dah 15 ari kita berpuasa rasa kejap je kan. lagi 15 ari kita dah nak raya yay!!! pelik tak rasa?? kitaorg boleh terlupa tahun ni raya rumah sapa.haha. aku ngan asben dah pikir raya tahun ni raya kampung aku kat manjung tapi asben aku macam was was pulak. last-last kitaorg kira dari pertama kawin raya kampung aku dulu so kitaorg  kira la saya awak saya awak..last-last memang raya chemor kampung dia -_-" kalo buat-buat lupa kan best LOL. Tapi aku tak kisah pun raya mana-mana sebab raya kat dua-dua kampung best makan pun dua-dua sedap oi apa aku dah merepek ni!...adeh tak sabar dah nak raya nehh!!! nak balik kampunggg!!!

06 July 2011

Whoaa Netball lagi??

Hi yaw!

Pagi tu tiba-tiba je dapat sms Elis ''oi kak naik sekarang Puan Lim nak jumpa'' hohh! sudah tiba-tiba Timbalan Setiausaha nak jumpa aku bila plak aku buat salah ni paling terok aku buat salah pun tido kat meje time ofis hours je huh! nebes dah. naik je masuk bilik meeting Puan Lim bersuara ''welcome player netball'' WTF!!!.. aku jeling kat Elis vaviss vetul kamu yek.

2 - 3 Julai aritu SPA ada anjurkan Hari Kerjaya di Stadium Pancarona Putrajaya dengan kesempatan yang ada SPA anjurkan juga Kejohanan Netball terbuka memang sangat terbuka lahh amik kau 42 team turut serta tah dari mana tah deme datang terer-terer lak tu. Aku yang dah nak pencen ni jugak la kena main. Aku plan memang tak nak pegi pun hari kerjaya ni nak bermalas-malasan kat umah sambil layan anak-anak tapi tu la tugas untuk menjaga maruah jabatan harus di jaga nak tak nak aku kena turut serta eceh!. SPA hantar 2 team untuk membelasahkan sume-sume team yang ada. aku team (B)SPANC(SPANetballClub) satu lagi team (A)SPAMOHB (aku tatau apa maksud MOHB tu) team A SPA ni kebanyakan semua bekas pemain negeri pantas dan cekap jangan kata la.



tq pada cik ziela jadi paparazi.hikhik.


mcm mana oku pun bleh main dgn terer ni haha*mati kena tembak ngan nard*

Panas jangan cakap la muka kaki tangan dah hitam legam dah ilang dah kulit mulus aku ni. First game lawan ngan team Jawhar menang tanpa bertanding wohooo tq Jawhar sebab bagi kami menang tanpa peluk ketiak. haha. kami kena menang 2 game je untuk layak pegi ke suku akhir. berkat doa dan kesungguhan team aku dapat gak la ke suku akhir awww tak sangka mak. Keesokkan hari tepat kol 11.30 cabutan undian untuk menentukan team aku lawan ngan sapa. sekali cabut undi OMG!! kena lawan ngan team SPA gak iaitu SPANC vs SPAMOHB wut da hell!!! team  kami kena lawan ngan team coach kami sendiri pfff!!! *pengsan*

hah! tak abis-abis


yeah! posing lagi

pagi-pagi dah lapo    -__-"

time lawan tu main-main je haha yela training sama-sama memang gelak saja laa. apapun sangat-sangat happy walaupun kami dapat main sampai suku akhir je. keputusan petang tu Juara dari MBPJ tahniah pada dorang. SPAMOHB dapat naib juara yay!! tahniah gak pada SPA. walaupun kami tak menang tapi kami dapat duit RM200 hadiah dari Setiausaha SPA tq Dato'dan dapat voucer 30% masuk theme park sunway lagoon seronokkk!!!!



whoaaaa nak pegii!!!!

esok masuk ofis muka dah macam siput sedut mata dah tak mampu nak bukak adoi dah la kulit muka pedih-pedih abis mengelupas. takpe la janji seronok game semalam..yeahh... kitaaa enjoyy!!!



04 July 2011

Orang kampung punya pasal la ni!!

Salam..

Ya tuhan baru je semalam aku ganti pose konon konon tekad nak pose full weekdays ni tapi hampeh. Bila pose je mesti sakit pale bila sakit pale je mesti time aku pose :P woiii mana ada alasan laa ni cite betul betul ni tak tipu laaa dosaa tau! aku dah la tinggal pose 15 hari banyak kot! tapi dah ganti 9 hari tinggal lagi 6 hari adeh. hari ni aku pose separuh hari agak-agak bleh tak kira? esok separuh hari lagi cukup la 1 hari aku pose LOLOL. Arini sakit pale tul berbelah bagi dah nak pose ke idak tapi dah niat macam tu baik aku bukak je ye tak yay! minum je air terus pale tak pening *&*%$#!!





Sebenarnya nak pose ni bukan leh bagitau satu kampung kompem tak jadi pose punye. tapi orang kampung pulak yg sebuk tanya aku weh ko pose ke tak arini kang aku ckap tak pose tipu kang batal lak pose kang kalo bagitau kang tghari dah bukak isk pening dah!

the moral of story ..nak seribu daya tak nak seribu alasan HAHAHA!! weekkkk....

24 May 2011

Budak-budak sekarang!

Hi kome!

Boleh tak kalo aku nak cite pasal danial. Aritu aku gi rumah abang ipar(abg asben) kat Cheras dia dah bising-bising kata rindu kat danial. so bawak la danial g main-main ngan dia. abg ipar aku tu bujang tapikan rumah dia tak macam orang bujang mengalahkan orang dah kawin rumah aku pun tak cantik macam  rumah dia perhiasan dan keindahan rumah dia pergh mengalahkan rumah anak dara(yeke rumah anak dara cantik tuihh!). Pendek cite rumah dia mmg best la. Danial jadikan uncle dia tu sebagai idola sebab dia sangat suka dengan barang-barang yang ada kat umah uncle dia tu nak dijadikan cerita ada la satu aritu tu ayat yang tak boleh blah sangat.. danial cakap ngan uncle dia..Uncle E barang-barang kt rumah uncle ni nanti danial ke yang dapat? Pasu besar ni nanti uncle e bagi danial ke? nanti kalau uncle bagi semua uncle nak duduk kat mana? adehh sapa la yang ajar anak aku jadi tamak harta ni -___-"


danial masa umur 3 tahun

 danial 2 tahun: dah kena ngorat ke ngorat org -___-"]
                                                              
Nak balik tu  uncle bagi danial gelas tembaga (gelas tu dari dulu lagi dia nak tp tk bagi sebab kitaorg suh dia tunggu umur 8 thn baru leh bagi) dia cakap uncle danial 8 tahun lambat lagi la bagi la gelas emas tu dulu nanti dah 8 tahun bagi plak barang-barang dalam rumah ni ... YA TUHAN anak aku ke ni!!



*Cantik tak header aku? cantik kann  tengkiu pada yayang sebab susah susah buat header untuk aku muah sayang dia :P

15 May 2011

Anak orang putih hoh!

Ada aritukan orang Coway datang umah aku kan dia nak servis penapis air ngan penapis udara, jap korang tau kan Coway tu apa? ala yang jual barangan elekerik tu tatau gak? meh tgok sini. Kakak tu datang sabtu dalam petang camtu time tu asben aku kena kerja pulak nasib la yang datang tu kakak kalo abang aku malu :P kakak tu buat kerja harus la kat dapur kan sebab penapis air aku letak kat dapur dan dapur aku agak kelam kabut sket aku belum sempat nak kemas bersih sejak balik dari bercuti. kat dapur tu kan penuh dengan coklat aku beli kat london. Agaknye kakak tu nak paw coklat aku dia tanya aku


kedai coklat ni kt Paris aku ngah penin nak beli coklat pe dah

kakak : baru balik dari Langkawi ke byk coklat
aku : eh tak la hmmm baru balik dari London ngan Paris (segan sebeno nye nak cite)
kakak : wahhh yeke bestnyee...coklat murah2 yek kat sana..
aku : haah murah gak
kakak : suami keje apa? selalu ke pergi oversea?
aku : keje art designer kt damansara .. eh tkde la selalu ni baru first time g sana
kakak : Ooo patut laa tgok anak2 macam orang putih .. hensem abang ni (danial) macam orang putih adik dia pun sama (aku tgh dukung iva time tu)
aku : ERK! (bila plak aku lahir anak2 aku kt London & Paris aku baru je balik 3 ari lepas) HAHA

*suka2 je aku panggil orang servis tu kakak padahal aku rasa dia muda lagi kot.. takmo kalah LOL

06 May 2011

Jalan-Jalan 10 hari London- Paris

Hi evrybadi!

Ntah! badi mana dah nyampok aku ni. mata asyik nak pejam je bila kat opis. bila malam tak nak lak tido jegil je mata ngadap tenet. bangun pagi dah ngantok. aku rasa badi omputih yang aku dapat kt london kot. org kata kalo pegi negara orang yang banyak beza waktu ngan negara kita memang kena jet lag ye aku dah kena.. sumpah! kol 8pg kat opis mengantuk gile mcm tk tido 5 hari sampai aku tertido atas meja. kol 9 malam plak segar mata atas katil terkebil2 tak mo pejam arghhh geram. hmm mak aku cakap kena amik masa baru keadaan back to normal eceh!


London Bridge

National Gallery & Trafalgar Square

 
Eiffel Tower  ok gumuk T__T

Masa kat london kan pkol 3 petang kita orang masih berjalan2 lagi tapi asyik nak menguap je tambah lak sejuk macam ekon memang menguap 16 kali la tak smpai 10 minit. Tengok jam pkol 5 ptg tapi pehal la mata pedih mcm nak tido kira2 balik pergh amik kau dah kol 12mlm ghupenye kalo kat malaysia chait! ada skali tu kitaorg pkol 6 ptg dah tido haha..pehtu kol 4 pagi dah jaga. kat sana kol 4 pagi dah cerah mcm pkol 8 pg waktu malaysia . tapi sejuk pagi deme memang sejuk pagi dalam peti ais beku gigil mak...cakap kuo asap kepul kepul ok tipu.


Stonehenge

 Arch de Triomphe

 Place de la Concorde
Hari kedua kol 7 pg dah gerak ke Paris amik Train kt King's Cross naik Eurostar ke Paris. Cuaca kat Paris tak la sesejuk London yg bersuhu 17 masa kami tiba. Paris pulak lebih kurang 20 la. Panas2 pun angin yg bertiop tu sejuk jugak bisa laga gigi ketika pagi.

Ok la hati nak cite panjang tapi kemalasan  mengizinkan. kesimpulannya memang SANGAT seronok jalan2 negara orang rasa macam nak pegi lagi :P yay! Tempat yang plan nak melawat kebanyakan dapat pegi yay! Gambar adalah sangat banyak kawan2 ofis naik boring tengok HAHA padan muke!

*sapa berminat nak tau psal hotel, jalan2 kt sana g kt blog en. asben :) haha gile pemalas aku nk cite...

17 April 2011

sedih tahap cite winter sonata

Smlm aku balik dari kampung tinggal kan anak2 ku ngan mak mertua. Gile ah sedih ni! sepanjang jalan nak balik putrajaya memang senyap je la air mata ni tak henti-henti berjujuran, kira ini la first time aku berjauhan dengan anak perempuan aku sob sob~ saje je aku bagi anak aku tido time aku nak balik sebab aku tak sanggup nak bye bye dia uwaaaaaaaaaa~~. sampai je rumah bukak pintu ahhh nangis lagiii!!! tengok kerusi iva, mainan dia oh mai gad rasa macam nak amik kunci kete start balik kampung :( .


pegi 4 beg je

Ari ni aku dah siap packing semua baju makanan megi sume bagai. esok balik keje siap2 kol 8 malam dah gerak ke airport yay! flight aku kol 1 pg. kawan2 doakan aku selamat sampai n selamat pulang kalo tak keychain kansel tak nak beli haha



nti aku nak jumpe Dr Alexandre Xavier la blajo ckp french ngan dia...sempat lg ke?

Tadi g Alamanda masuk kedai MPH terbeli French Phrase book tah ar jenuh aku nak sebut perkataan french ni gile terbelit2 lidah ..susah2 sgt aku cakap perak kang buleh dak!

12 April 2011

Minggu last untuk packing!

Huh! tinggal bape hari je lagi ni nak p bercuti pun tak mengemas baju lagi adoi..hati dah tak keruan nak p bercuti tapi kemalasan untuk mengemas baju dah sebati dalam diriku x__x emm lagipun tak banyak baju yang aku nak bawak cukup la 3 4 helai tshirt kot sebab budget nak shoping baju kat sana nanti..emm duit sume aku dah tukar dalam otak ni duk pikir cukup ke idak duit yang aku nak shoping nanti..kalo la byk duit indah nya hidup.


happy besday 1thn my lil cute pd 31 mac aritu muahhh

Semalam masa main-main ngan iva tiba-tiba sebak plak rasa uwaaaaaaaaa! sebak lee weh tak sampai ati nak tinggalkan dia lama-lama, harap-harap dia tak la meragam masa aku takde nanti tak senang aku nak berpoya2, T____T danial plak jangan kata laa..tak habis-habis tanya mama bila danial nak tinggal kat kampung ni! adeh budak ni...

Esok aku nak mula mengemas baju ye aku janji!dah semangat dah ni .... -masuk ni ari ke 4 aku dh janji kt diri aku yang aku nak mengemas baju erk-

01 April 2011

Ada apa dengan Melaka?

Duhh!! apaan ni! sudah lama dong tak apdet blog, bz kot! pemalas sebenarnya sekian terima kasih. Tah la napa malas beno nak apdet pehtu rajin lak sebuk2 gi baca blog orang len.

Ok aku nak cite pasal aku g outstation kat Melaka. Keje sikit je tapi jalan je banyak. Emm kalo nak kira ni 2 kali la aku jejak bumi Melaka, best juga jalan2 tempat orang makan assam pedas Melaka perghh terangkat pungkoq hang. Kami duk Melaka dari 27-29 April besa la kalau dah g tempat orang jadi macam orang mabuk tak tau nak jalan mana, makan kat mana best. Memang g sana macam pelancong la kitaorg siap naik beca lagi lol. nasib kami naik beca dengan pakcik atan, pakcik atan tu cumil :P..lagipun dia banyak tahu pasal sejarah Melaka sambil pakcik tu kayuh sambil tu dia cerita la kisah2 sejarah Melaka.


itu kawan saya nama dia fiffy dia sudah kurus saya bila lagi lol

Hari kedua kitaorg g makan cendol ngan asam laksa kat Jonker Street nama kedai tu Jonker 88 emm sedap gak assam laksa dia mmg buat aku terliur je la kalo tingat skang ni oh omg nakkk laksaaa! kawan2 kalau dah terlepas ke Melaka jangan lupa singgah no kedai tu...

kedai ni betul2 klasik dalam dia tuhan je tau mcm mana rupenyee -_-"

mihun kari tu fiffy punya assam laksa ngan cendol durian tu aku punye ohh mai!

Mlm tu pulak bos kitaorg belanja makan ikan bakar kat Alai huhu takpe laa tak dapat kat Umbai..Alai pun boleh la janji orang belanja yay!

*kesimpulannya memang seronok g jalan-jalan tempat orang

10 March 2011

Ye! ini adalah player terhebat :P

ni semua muka suci sebab blom lwn dan memaki hamun lagi

Entry kali ni adalah nak mengupload pic player-player terhebat netball haha gile poyo. Muka sume sbnarnya tengah bengang sebab game kedua ramai orang protes player kami kena tukar posisi sebab ada setengah player yang pernah wakil jabatan so what the.. pfftt!!!
aku yg paling kecik dan cumil >.<
Game pertama dengan team PK kami menang mudah 6-3 padahal team pihak lawan tu memang antara player2 yang kuat tapi rezeki pihak pada team kami so dengan kejayaan itu tak sangka plak memberi impak maksima pada team lain geram je la tu la kalo main games dengan makcik2 ni ada je tak senang ada je nak protes kita main antara bahagian2 jee bukan main peringkat kebangsaan hadiah nye pun bukan 1 juta pun juara pun dapat hamper ngan piala yg rege tk lebih 20 hinggit so kami pun kena la  mengalah tukar kan GA kami kepada WD sebab GA kami tu pernah wakil jabatan *bengang+bangang*. Takpe la kami profesional game kedua kami menang game ketiga pun kami menang dapat masuk separuh akhir kami menang jugak hah! amik kau tukar player pun kami tetap menang bukan sebab GA tu yang terer sebenarnya kami semua memang terer muhahahaha (gelak riak)

So team kami layak ke final dengan team PK yang kalah first game tadi, ok kami fight kali kedua dengan player yang kena tukar posisi tapi player diorang tidak tukar posisi padahal 2 orang dari player PK penah jugak main wakil jabatan ADIL TAK?? vavis vetul! kami main dengan presure sangat! muka masing2 hangin. kami kalah 7-5 T____T  tapi memang tak adil la grrr *slapslap* takpe la kami menang secara profesional team PK memang nak juara sangat! ha amik la kau pehtu gi la gadai piala tu laku tak! Team kami dapat Naib Johan!


ni je pun hadiah naib johan -___-" hadiah johan lebih 3 kupang je


Argghh aku patut dah boleh lupa dan tak patut cite balik benda ni! dah dah malas nak cite!!
*lain kali urusetia adalah dilarang dari golongan team sebab tu berlakunya berat sebelah! bangang!

08 March 2011

Jalan2 London dan Paris tanpa Tourist Guide

Sekarang dah masuk bulan Mac lagi bape hari je ni! Cepatnyee rasa, ghasa2 baru je booking flight huh, Insyaallah pada 19 - 28 April ni aku nak bercuti berdua tanpa anak2 ke London-Paris emm sepatutnya aku patut buat list barang2 penting yang perlu aku bawa ketika berada di negara orang tapi list lain plak aku buat hoho. Kakak ipar aku bagitau kalau nak jalan2 london ni kena bawak botol air sebab kat sana air sebotol adalah sangat mahal lepas tu dia kata toliet kat kota london takde air so kena bawak la botol tu isi air untuk basuh selepas membuang erk! betul ke?


Makanan2 plak agak sukar la nak cari yang halal so kena la bawak makanan sampingan. Wah kalo macam tu kena la bawak megi banyak2 supaya rambut aku cepat gugur yay! Kami ke London dan Paris memang betul2 berbekalkan map, harap2 tak la sesat! jalan kl pun selalu sesat ni kan pulak london paris matiler.


Tapikan lagi dekat waktu itu lagi rasa macam berdebar plak dah! ye impian aku nak ke kota paris semakin terlaksana, tapi kalau bwk adik2ku eh anak2ku lagi bermakna percutian ku itu huhu sedih plak T_T takpe2 nanti kakak eh silap lagik.. mama bawak ole2 dr london ok :D. Bagi aku ni adalah percutian yang paling bermakna , hadiah percutian dari en asben tengkiu sayang! ni baru betul2 honeymoon ni tanpa gangguan .. lol gatai je bunyikkk hahaha jangan balik sini dah ada erk! ohmaigad anak aku kecik lagi ok!tlg sedar sket pffft...


                  Kota London dengan double decker red busses yang fofular aku pasti naik!


tempat2 yang harus dan wajib aku terjah kat sana nanti :-


London

- London Tower Bridge, London Bridges & Millenium Bridges

- London Eyes
- Big Ben & The Parliament

- National Gallery & Trafalgar Square

- Royal Albert Hall 

- Madame Tussauds

- LSE (London School of Economics) 

- Imperial College

- Horse Guard Parade

- Buckingham Palace

- Oxford Street

- Edgware Road

- St. Paul Cathedral

- Stone Henge


                                                                           Eiffel Tower here i come weee

Paris
- Eiffel Tower (dtg dekat pehtu nak peluk)

- Arch de Triomphe

- Champ Elysee 

- Place de la Concorde

- Musee Du Louvre

Hotel yang telah di booking oleh encik asben kebanyakkannye ada wifi so nti sebelum masuk tido bleh la upload pic dalam blog n facebook pergh kau! belum p lagi dah berangan *slap*.

*Nanti saya simpan duit saya bawak abang g bercuti kat Scotland ok eh eh jap kita g Genting Highland dulu, Ya Allah ada gak manusia yang belum jejak ke Genting lagi T_T ok2 nanti kita pegi yek!

23 February 2011

netball tournament

Omaigad! macam tak percaya je aku yang tua2 ni masuk perlawanan bola jaring lawan antara bahagian ahad ni, bukan la terer mana pun sebab tak de player la orang2 macam aku ni kena paksa main dem, jangan plak tak percaya aku main posisi center perghh gile penat memang posisi tu aku pegang sejak sekolah rendah lagi nak bagi aku main posisi GS harap maklum la tak cukup tinggi. Hari ni hari kedua training esok lusa pun ada kot harap2 bahagian aku menang la huhu. tapi betul la sekarang ni dah tak boleh pakai tenaga banyak jadi macam tak cukup nafas plak mungkin sebab dah tua ke? sebab berat badan ke adooiii, tadi masa main macam tak cukup oksigen gile takut emm rasa kena turun kan berat badan laa hoho.. ok 50kg im coming!!lol

03 February 2011

whoaaaaaa!! i dont belive it

Ketika dan saat ni aku berada di kampung ohh sangatlah gembira sebab dapat jumpa ahli keluarga. arini aku dah makan bermacam2 dah memamg tidak kenal lagi erti diet kalo dah kat kampung ni fuhh. Mak aku pulak cakap eh mana ada gemuk biasa je huh ok mak tipu sebab dia tak nak anak dia tak makan T_T oh sangat kijam! ok abaikan pasal gemuk, kat sini aku nak upload pic sate i made myself ok :P wahh lama gile aku tak bakar sate so arini aku cucuk dan bakar sate sendiri oh lupa nak bagitau aku adalah anak tokey satu a'a bukan sate haji samuri tapi sate malaysia dari manjung perak heee so dikesempatan yang ada ni aku cucuk sesuka ati aku (sate besar macam fishball haha) dan bakar ikut suka ati memang puas ye. kalo makan sate haji samuri tu perghh dah la mahal kecik je sate dia tidak sesuai dengan rege 60sen pehtu pulak sate keras macam dah bakar lama bila nak beli dia cuma panaskan je demm..mak aku jual pun 50sen besar dah puas eceh puji sate mak sendiri plak :P. Tapi tu la aku lagi puas makan sate mak aku buat...terbaekk!

sate tinggal tu je yang lain dah masuk perutku haha

Haa! memang aku terkejut berok tiba2 kat kampung air tawar ni ada wireless.. ye wireless!..memang adalah sangat mengembirakan bila iphone tiba2 ditek wireless yay! boleh on9 sampai lebam. aku rasa menteri besar perak memang sengaja kasi wireless kot kat kg aku ni supaya makcik mah, makcik gayah, maksom kwn2 mak aku ni semua boleh sambung gossip2 mereka ni kat dalam facebook. ok lah aku dah guna wireless ni sebaik mungkin dah sekarang time to tido esok mau balik chemor then mau balik putrajaya :(

01 February 2011

Selamat bercuti kwn2

Dengan kesempatan ini saya ingin memohon am....oii raya cinaa daa bukan raya pose..erk..Go Xi Fa Chai!!

Arini adalah cuti sempena hari wilayah yay sonok duk umah main ngan anak2 tapi asben aku keje sebab dia selangor, esok pun cuti sempena hari pengasuh yay duk umah lagi T_T...isk kadang2 tu geram gak ngan pengasuh anak ni, arini kerajaan dah bagi cuti esok pun dia nak cuti lusa pun dah memang cuti raya cina isk geram je bila pikir terpaksa la aku amik cuti, takpe laa bleh gak aku rehat sambil gomol2 ngan anak2 aku ni. kalo la kampung aku dekat dah lama aku balik dulu tata en asben saya balik dulu, so arini kena la kemas sket2 barang2 nak balik kampung tak sabar dah nak jumpe mami n papi LOL.

Arini mmg hujan dari pagi sampai ke malam ni baju pun tak kering2 demmm, camno nak p jogging camni isk camne nak kurus camni isk cintaku dah kurus aku bila lagi..iskkk tak leh jadi ni. Ok la nak mengemas barang esok malam mau pulang kampung halaman tata.. >.<

03 January 2011

Kisah 2 minggu yang lepas

Salamm...
Lama yo aku tak mengapdet blog, lately aku adalah sangat bizi, bizi dengan keje di opis, bizi dengan diri dan anak2, bizi ngan orang disekeliling (menggosip) ok aku nak cite kisah 2 minggu lepas yelaa dah lama tak apdet banyak perkara-perkara syok ngan tak syok telah melanda. ok 2 minggu lepas hari selasa mak mertua, kakak ipar dan anak2 buah hubby aku balik sedih jugak masa nak tata diorg naik keretapi tapi yang paling sedih Danial la time tu rasa macam Akasia plak melejeh2 air mata Danial dan wancik nya (kakak ipar) aku yang sangat kental ni tiba-tiba bleh jadi teratai layu di tasik madu tengok dua watak yang tengah bersedih, cepat2 aku tarik Danial untuk pulang, sepanjang jalan kerumah Danial menangis huh! sebenarnya bukan sepnjg jalan dah sepanjang minggu dia menangis naik pening kepala aku pujuk dia ni la akibatnya tinggal anak kat kampung uwarghhh!! jenuh juga aku nak pujuk, ayah pun dah pening2. Sekarang alhamdulilah back to normal nama wancik pun dia dah tak sebut hoho.

Lepas je aku hantar mak metua aku balik, tgh malam tu abah aku kol "just gonna stand there (bunyi hp tk bleh blah)" assalammualaikum cu abah ni.. wsalam ha abah .. eh dah tido ke..haah tgh tido tp leh bercakap ngan abah .. haha abah gelak.. napa bah... ha esok abah, mak, aiman dan harizal(anak abg n kakak aku) nak datang ni kami naik ETS kol 11 tghari. Oh mai.. tingat ikan sayur dah abis dalam peti ais, tapi seronok lak rasa bersambung-sambung mak-mak aku datang tak la sunyi. Abah datang bawak ikan yang dia pancing kat kampung, mak cakap abah bersungguh p mancing sebelum datang sini katanya nak bawak ikan kat hang, terharu plak aku :( love u abah muahhh. Tak sampai sehari abah dah cite pasal nak balik esok perghh bengang gile mak, tu la diaorang datang je umah aku mesti gado pasal nak balik mak nak balik lambat abah plak tak dan dan nak balik dah tapi sangat sweet bila tengok muka mak aku majuk. Akhirnya mak aku menang berjaya gak dia nak balik hari sabtu.LOL