14 August 2011

Bizi tahap puake!

Salam Ramadan :)

Lately aku adalah tersangat bizi ni bukan main-main bizi ni betul-betul bizi dari pukul 7.30 pagi tu aku duduk kat kusi sampai la pukul 12.30 tghari baru aku bangun. Gile ah kalo kusi tu ada sore dah lama dia memekik kat aku suh bangun sebab dah tak larat nak tampung aku duduk lama-lama haha bleh ke macam tu =,='' students medic kat Russia suma dah abis lebih kurang 4-5 university la dah balik sini so dorang kena la interview dulu sebelum memulakan kerjaya sebagai doktor. Jadi aku adalah orang yang bertanggungjawab memastikan dorang dapat temu duga eceh! penat gile kot.



Eh tak nak dah cite pasal keje nak cite pasal aku lawan netball aritu. Aritu Putrajaya ada buat perlawanan netball tertutup kat presint 18 nak cite team kami juara haha hadiah dapat rm1500 .. motifff nak cite???  LOLOL



Arini dah 15 ari kita berpuasa rasa kejap je kan. lagi 15 ari kita dah nak raya yay!!! pelik tak rasa?? kitaorg boleh terlupa tahun ni raya rumah sapa.haha. aku ngan asben dah pikir raya tahun ni raya kampung aku kat manjung tapi asben aku macam was was pulak. last-last kitaorg kira dari pertama kawin raya kampung aku dulu so kitaorg  kira la saya awak saya awak..last-last memang raya chemor kampung dia -_-" kalo buat-buat lupa kan best LOL. Tapi aku tak kisah pun raya mana-mana sebab raya kat dua-dua kampung best makan pun dua-dua sedap oi apa aku dah merepek ni!...adeh tak sabar dah nak raya nehh!!! nak balik kampunggg!!!

2 comments:

Pahlawan Basikal said...

tak ada komen pun.

azura said...

eh sebuk je laahh.. wekk