15 June 2010

jomm esok tgok Toy Story 3

jom kenkwn tgok toy story 3 esok... toy story 1 n 2 bape kali aku tgok tk bosan2 toy story yg first 1995 yg ke dua 1999 wowww lama gile..hampir 10 thn baru kuar toy story 3.. yg ke 3 ni kisah bila Andy sudah dewasa...mesti best kan alamakk tk sabar lak nak tgokkk... suka tgok perangai dan kekecohan  Mr. dan Mrs. Potato Head, Barbie, Jessie, Bullseye, Rex the Dinosaur, Slinky Dog, Hamm The Piggy Bank dan Squeeze Toy Aliens.


Ingat lg cite toy story yg first Woody secara sengajanyeee menjatuhkan Buzz dari tingkap bilik dan di situ la bermulanye misi menyelamat Buzz daripada Pizza Planet sehingga ke rumah jiran Andy, Sid yang dikenali sebagai kanak2 nakal dan mempunyai hobi 'mendera' barang permainan.

Dalam Toy Story 2 plak, Buzz selamatkan Woody dari genggaman seorang pengumpul koleksi permainan, Al McWhiggen yang juga pemilik Al's Toy Barn. Al McWhiggen mencuri Woody daripada jualan murah di rumah Andy dengan hasrat untuk menjualnya kepada Muzium Permainan Kinishi di Tokyo, di Jepun. Part2 yg menyentuh jiwa bila Buzz menyedari dia juga salah satu permainan bila dia terlihat banyak gile permainan yang serupa dengannya di kedai permainan Al's Toy Barn pehtu plakk Woody pun tau sejarah silamnya yang merupakan salah satu karakter kartun popular dalam sebuah program kanak-kanak di televisyen sehinggalah zaman kejatuhannya ketika muncul permainan versi angkasa lepas



Barbie bertemu cintanye Ken di Sunnyside Daycare. 

Toy Story 3 Andy dah pun 18 tahun sedang sibuk mempersiapkan diri untuk ke kolej.  Secara tidak sengaja semua permainan kesayangan Andy berada di dalam sebuah kotak yang akan didermakan ke sebuah pusat asuhan kanak-kanak iaitu Sunnyside Daycare. Di situ bermulalah segala cabaran yang tidak pernah mereka bayangkan sebelum ini. Tempat yang disangka umpama syurga permainan dalam mimpi indah bertukar menjadi mimpi ngeri apabila mereka digunakan secara kasar oleh kanak-kanak kecil sehingga setiap anggota badan mereka terpisah kepada beberapa bahagian. Di Sunnyside Daycare mereka turut bertemu dengan rakan-rakan yang baru seperti Lots-o'Huggin' Bear yang bertindak sebagai ketua tempat tersebut, Big Baby dan beberapa lagi karakter baru. Bagaimanapun, rakan-rakan baru yang diharap dapat membantu mereka melepaskan diri daripada Sunnyside Daycare rupa-rupanya umpama warden penjara yang mengurung mereka di tempat tersebut dek sejarah silam Lots-o'Huggin' Bear dan Big Baby yang ditinggalkan oleh tuan mereka. Sejak itu, mereka berdendam dengan pemilik permainan dan menganggap Sunnyside Daycare tempat yang sepatutnya untuk semua permainan berada.  Woody yang begitu taat kepada tuannya, Andy bersedia untuk keluar daripada Sunnyside Daycare sebelum Andy pergi melanjutkan pelajarannya di kolej.
Ok best gileeeee tk sabar nak tgok

7 comments:

.:pUbLiC_eNeMy:. said...

Ok tak paham..huhuhu..
akan ku berharap CD kamu berfungsi dilaptop ku..wuwuwuuu..

p/s: bila nk terus kan misi mencari the descent 2???

Mistic said...

camne nk cari?? kena dwlod la.. kt kedai takde huhu

azimask said...

hahahahahahahahahaha wayang full house.. projek seperti biasa la gamaknyer...

Mistic said...

mgu depan k.. .hehe

rhyzal said...

bkn IMIGINASI.
IMAGINASI la zura..
come on la zuraaaa...huhuhu :p

Mistic said...

ayoyoo... ada aku kisahh :D

rhyzal said...

bluekkkkkkkkkkkkkk!
hahaha..kantoi ayat slh.
hahahahaha