02 October 2009
Selamat Hari Rayee
Ok aku malas gilee nak update blog.... adoi..apa2 pun aku nak ucapkan selamat hari raya pada kenkwn maaf zahir n batin .............. YEYYYY RAYEEEE !!
06 August 2009
Moning sickness....

Ok aku dh mula muntah2..loya... benda yg paling aku tk suka...tp aku suka bila aku dh preknen hehe..alhamdulilah dpt rezeki lg...kandungan aku dh 3mgu..sket lagi danial dapat kwn takde la dia nak cakap sorang2 gelak sorang2 sian sayang mama tu..aku mula dpt tau pg smlm..dari pg aku asyik dok loya2 jee pehtu rasa pening2 lalat adoi awat lak ni...rasa tk sedap bdan...tk puas ati tghari tu p beli preknen test balik je dari alamanda terus p kencing test..achocho...itu line dua2 naik laju..alhamdulilah patut la aku lwt dtg period..pehtu terus kol hubby..abg ada brita baik .. apa dia? sya preknen..haa betul ke? betul..mlm itu jgak p klinik..3 kali doktor ucap tahniah kt aku..muka doktor tu lagi ceria dr aku hikhik lg 2 mgu dtg utk scan... danial pun dh 4 thn mmg dah boring dia duk sorang... alhamdulilah semoga kandungan aku sehat dan selamat... :)
14 July 2009
1001 Derita Micheal Jackson

Pagi Jumaat 26jun.. aku terkejut gile dengan kematian MJ. Sbelum ni aku tk pernah pun nak amik tahu pasal dia...cuma aku suke dgr lagu2 dia, suke tgok dia menari moon walk mmg buat aku ternganga la dgn tarian dia..ngat lagi masa aku kecik2 dulu pasang tv je mesti ada video klip dia lagu black n white suka part tukar2 muka tu hehe aku tk penah bosan tgok...atau pun video klip triller..mmg seramm ...tp mmg video tu la slalu aku nanti2 kalo bkak tv...tp skang aku rasa sedih plak wlaupun dia tk kenal aku...huhu..bla aku dgr lagu feveret aku You Are Not Alone.. rasa sayuu jee..tringat kt dia yg sbnarnya dia mmg betul2 Alone masa hayat dia..selepas kematian MJ aku teruja membaca kisah2 dia..ada je kisah dia dlm paper sure aku beli dan skang aku lebih mengenali MJ dari dulu...

semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Mikeel @ Micheal Jackson.

Artikel ni aku dpt dari Metro..dan disini baru tahu siapa sbnarnya MJ... :)
MASYARAKAT dunia tergamam apabila berita kematian mengejut Michael Jackson, 50, diumum media dua minggu lalu. Kisahnya menjadi tumpuan setiap media massa, tiada perkara berkaitan dirinya tidak dibincang, daripada punca kematiannya hinggalah kepada harta dan juga nasib tiga anaknya.
Senario itu sama seperti ketika Michael masih hidup. Dirinya tak pernah lari daripada tumpuan, lari daripada lensa kamera dan apa jua yang dilakukannya pasti menjadi perhatian.
Hakikatnya, Michael tak pernah hidup seperti manusia normal lain hingga ada yang terlepas pandang kemurnian hatinya.
Ahli silap mata, Uri Geller menganggap tragedi paling besar kehilangan Michael ialah kegagalan masyarakat membenarkannya hidup secara normal, kegagalan mereka menyelami hatinya yang suci.
“Beliau adalah pengapit pada majlis perkahwinan saya dengan Hanna pada 2001. Pada majlis itu, saya baru kenal siapa sebenarnya Michael selepas sepasang penceroboh muda meminta kebenaran untuk bersalam dengannya.
“Mereka hanya ingin mengucapkan ‘Hai...’ dan bersalam dengan Michael, tapi beliau sebaliknya memanggil mereka, memeluk setiap seorang dan kemudian menerima hadiah dan bergambar dengan mereka.
“Michael turut menyatakan penghargaannya terhadap ketulusan mereka dan berterima kasih kerana mengambil risiko untuk menyampaikan hadiah itu.
“Hakikatnya, itulah Michael yang begitu merendah diri. Beliau tidak berpeluang untuk menunjukkan siapa sebenar dirinya kerana bapanya memaksa beliau menjadi bintang seawal usia 10 tahun. Media turut perlu dipersalahkan kerana menyebabkan hidupnya tertekan dan terseksa.
“Namun, saya perlu puji dirinya kerana hatinya tak pernah berubah dan beliau merendah diri hingga ke penghujung hayatnya,” katanya.
Namun, Geller mungkin tersilap kerana Michael yang dinamakan Penghibur Terbaik Sepanjang Zaman oleh Buku Rekod Guinness pernah mengaku tidak kesal dengan pengalaman yang dilalui sepanjang hidupnya.
“Semua yang saya lalui berbaloi kerana saya cintakan dunia hiburan dan sentiasa gembira melihat masyarakat terhibur,” katanya ketika ditemubual Good Morning America menjelang sambutan hari jadinya yang ke-50.
Malah, beliau pernah menganggap dirinya umpama Malcolm dalam siri televisyen Malcolm in The Middle kerana berasa kosong apabila turun daripada pentas.
“Malcolm cuba menyesuaikan diri dengan masyarakat tapi tak mampu melakukannya. Begitulah saya yang berasa janggal apabila turun dari pentas,” katanya yang memenangi 13 anugerah Grammy manakala albumnya terjual 750 juta unit di seluruh dunia.
Anak ketujuh daripada sembilan beradik yang lahir di Gary, Indiana ini mula menyanyi ketika berusia seawal lima tahun. Dengan dorongan ibunya, Katherine dan desakan bapanya, Joe Jackson, Michael dan empat abangnya digabung menjadi Jackson 5 yang menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman Motown ketika usianya 10 tahun.
Nama kumpulan itu melonjak apabila jualan album mereka mencapai tahap platinum dan baberapa lagu, antaranya ABC, I Want You Back dan I’ll Be There menduduki tangga teratas carta lagu.
Wajah Michael pada ketika itu sentiasa tersenyum riang, tapi tiada siapa tahu hatinya terseksa.
Hanya pada 1993, ketika ditemubual pada rancangan Oprah Winfrey, beliau mampu bercerita mengenai keperitan hidupnya pada ketika itu dan mendedahkan akibat terlalu takut, beliau jatuh sakit hanya dengan melihat wajah bapanya.
Beliau turut mengaku sentiasa berasa sunyi meskipun dikelilingi peminat.
Sepuluh tahun kemudian, dalam dokumentari penuh kontroversi dihos Martin Bashir, Michael yang menangis teresak-esak mengaku dipukul dengan teruk oleh bapanya andai gagal memenuhi tahap persembahan ditetapkannya.
Pada masa sama, akibat terlalu sibuk dengan persembahan pentas dan latihan, Michael tak pernah menikmati zaman kanak-kanaknya. Tidak hairan jika beliau melaburkan wangnya untuk membina pelbagai permainan di estetnya di California, Neverland.
“Saya tak pernah berpeluang melakukan apa yang dilakukan kanak-kanak lain. Malah saya tak pernah meraikan Hari Krismas. Kini, saya cuba menggantikan apa yang saya gagal nikmati sebelum ini. Saya tak pernah marah, tapi sedih setiap kali mengenang zaman kanak-kanak.
“Namun, saya sudah maafkan bapa. Beliau kini lebih baik, mungkin sedar anak adalah segala-galanya baginya. Hakikatnya, hidup kita tidak bermakna tanpa keluarga,” katanya ketika ditemubual pada 2001.
Tidak hairan jika Michael gembira menghabiskan masa dengan tiga anaknya, Prince Michael, 12, dan Paris, 11, yang dilahirkan bekas isterinya, Debbie Rowe, dan Prince Michael II yang dikenali sebagai Blanket.
Beliau memperoleh hak penjagaan penuh ketiga-tiga anaknya pada 1999 dan Michael mengaku tanggung jawab besar itu mengajarnya untuk sentiasa merendah diri dan melihat dunia melalui mata kanak-kanak yang sentiasa bersifat ingin tahu.
“Saya umpama kanak-kanak. Saya masih teruja melihat awan dan matahari terbenam. Sebagai bapa, saya bagaimanapun memiliki tanggung jawab besar memastikan mereka dijaga dan dibesarkan dengan baik.”
Namun, beliau turut pernah dikecam hebat kerana mendukung Prince Michael II yang baru berusia 11 bulan keluar balkoni hotel di Berlin dan Michael memohon maaf atas kesilapannya.
“Saya tidak akan sekali-kali membahayakan nyawa anak- anak saya,” katanya.
Gaya hidupnya yang pelik, antaranya tidur dalam tabung oksigen, berkawan dengan chimpanzi, Bubbles dan melakukan pembedahan plastik berulang kali menyebabkan beliau dianggap pelik dan kemuncaknya, beliau digelar Wacko Jacko. Gelaran itu mengguris hatinya.
“Nama itu amat kejam. Saya punya hati dan perasan. Mungkin mereka cemburu, tapi saya tak pernah melakukan sesuatu yang gila. Saya pergi ke hospital dan rumah anak yatim dengan puluhan hadiah dan berbelanja puluhan ribu dollar untuk berbuat baik. Apakah itu gila?” soal Michael yang nyata terguris dengan gelaran itu.
Beliau mula mengasingkan diri daripada tumpuan media dan selepas dibebaskan daripada tuduhan mencabul remaja 13 tahun, Gavin Arvizo, pada 2005, beliau memutuskan untuk mengasingkan diri.
Tuduhan itu yang kedua selepas membuat penyelesaian luar mahkamah didakwa bernilai RM7 juta hingga RM161 juta kerana dituduh mencabul Jordan Chandler, 13, pada 1993.
Namanya bagaimanapun terus-menerus menjadi buruan media yang sengaja menyiarkan berita negatif mengenai dirinya, termasuk berita mengenai hutangnya dengan kerabat Bahrain dan ketagihan ubat penahan sakit.
Jika di hujung hayatnya, nama Michael boleh dianggap tercemar, tapi selepas kematiannya, masyarakat dunia melupakan semua itu dan ingatan semua pihak hanya tertumpu kepada bakat dan muziknya.
“Beliau penghibur berkarisma dan saya percaya bintang Michael kini bersinar dengan lebih terang,” rumus Geller.
sedih dow :(
11 July 2009
Makanan untuk tengahari ini
First time buat Asam Pedas Ikan Pari...tk sangka aku pandai msak hehe :) mula2 hubby ckap pelik...pelik2 pun habis gak 3 4 ketul ikan...hehe. Aku sbnarnya suka masak...tambah2 kalo hubby ckap sedap..mula la nak blajar masakan lain plak .. mesti mak aku tk sangka aku bleh msak asam pedas hahaha..sbb dulu nak msak nasi goreng pun tatau ... :P
Menu tmbahan utk lauk tghari sotong + udang goreng kunyit yum yum ....
08 June 2009
HAPPY BIRTHDAY MY LIL SON
Ini barang kualiti punyeee!!
Pkol 12 tghari td p jln mines..nak cari adiah danial, last2 masuk kedai games terbeli laa PS2 dengan harga RM435 ORI utk 8MB memory card cukup ke?.. takpe2 beli 16MB total RM460 termasuk percuma 10 cd game..rasanye agak murah la . Seronok sakan danial..tak sabar2 nak blik...
masa nak balik tu..kami singgah la sebelah kedai game yg kami beli td..aku pun tnya..abg PS2 kt sini brp RM... RM399 je dik...erk!! Hubby ckap..takpe..tah2 dia kasi murah byk brg dia dh tukar...tah2 controller dia tk ori ke...(nak sedapkan ati huhu)dlm ati mnyesal aku tnya huh!
Yum Yum sedapnye blueberry cheese!
Happy besday tooo uu...7/6 lepas hari jadi Danial yg ke 4 thn...tp dia nak jgak 5 thn..tk sabar nak besar la tu... mlm tu acara potong kek Danial serentak dengan potong kek pengantin..tp rasanya acara potong kek danial lagi over dari ptong kek pengantin...adoi sabar jee laa..lepas tu suka2 je dia nak amik hadiah kawin org...hahaha. takpe2 sabtu ni kita p mines beli hadiah ek! smlm dh p alamanda masuk toy city...semua benda tk bkenan..(cewah bkan anak yg tk bekenan mama/ayah dia yg tk berkenan).

Emm dh besar dh anak aku...bleh la aku tmbah lagi sorang...tp lom ada rezeki lagi...huhu...
anyway for danial mama ngan ayah doakan semoga danial dpanjangkan umur & murah rezeki. Jadilah anak yg soleh ok, anak yg pandai dan hormat org tua ok. Kasih sayang mama & ayah tiada noktah nya........ ;)
11 May 2009
Oh Yuna !

Pergh! lagu2 dia mmg buat aku jadi hantu... Kehebatan dia main gitar buat aku sehebat dia wakaka. Baru2 ni asben aku beli EP cd Yuna kira asben aku pun minat jgak laa kami betul2 menghargai bakat yg dia ada..so beli la yang ORIGINAL :)(cewahh promot plak)

Nama sebenar: Yunalis Zarai
Komersial: Yuna
Usia: 23 tahun (single?)
Tarikh lahir: 14 November 1986
Tempat lahir: Alor Setar, Kedah
Hobi: Menonton filem
Idola: Fiona Apple (penyanyi luar negara yang pernah dikenali sekitar 1990).
Pendidikan: Masih menuntut dalam tahun akhir di UiTM Shah Alam dalam ijazah Undang Undang
Emel: yunaroomrecords@gmail.com (kalo nak beli EP CD Yuna bleh la email kt dia)

Lagu2 yg buat aku jadi gila hahaha
Deeper Conversation
Yuna
Is your favourite colour blue?
Do you always tell the truth?
Do you believe in outerspace?
And im learning you
Is your skin as tanned as mine?
Does your hair flow sideways?
Did someone took a portion of your heart?
And im learning you
And if you dont mind
Can you tell me
All your hopes and fears
and Everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I’d love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me
I let my guard down for you
And in time you will too
if you dont mind
Can you tell me
All your hopes and fears
and Everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I’d love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me
if you dont mind
Can you tell me
All your hopes and fears
and Everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I’d love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me
4x
Deeper Conversation
let me
After Midnight
Music/lyrics by Yuna
After midnight i shall kidnap you from the world
and i’ll keep you in my room
hush now my love and hold my hand
after midnight i shall take you to a place
where no one else should know of
hush now my love and hold my hand
you are exactly where you’re supposed to be
if anyone asks for you
they would have to find me
stay
keep me awake
keep me amazed
only for today
keep me dazed
my love is yours only
after midnight
i shall stay awake
and if you chose to close your eyes now
hush now my love
i’ll watch you sleep
you are exactly where you’re supposed to be
and if they come for you
they would have to fight me
stay
keep me awake
keep me amazed
only for today
keep me dazed
my love is yours only
stay
keep me awake
keep me amazed
only for today
keep me dazed
my love is yours only
26 March 2009
Kirja macam gila!

Adoi..arini paling gilak aku buat kerja...dh smgu aku wat keje mcm org gilak..fining2..sume nak cepat..psal mlm ni sume bos2 aku p London ada temu duga pelajar malaysia kt sana. Adoi..kesibukan aku mgalahkan aku yg kena p london. Gila gila...janji suviner..wokeh nk tgok ingat ke tak...sure tk ingat dah...huhu
Subscribe to:
Posts (Atom)