20 February 2009

Seruan mimpi Sudirman

Pagi tadi aku beli Kosmo! dalam tu ada cerita kisah seorang wanita Belanda bermimpi bertemu Sudirman padahal dia tidak pernah pun mengenali Sudirman. Bagi aku cite ni cukup pelik dan aneh...tapi aku seronok membacanya ;). Kalo korang tk smpt baca Kosmo pada arini 21 Feb 09 sabtu aku dengan baik atinye nak share kt korang kisah Wanita Belanda yg bernama Annalizza ni. Aku cari gak dalam Kosmo! online tapi tk de plak..so aku taip la sikit apa yg dicitekan dlm Kosmo!.

Seruan Mimpi Sudirman
Aneh : Annalizza seorang wanita Belanda yang tidak pernah mengenali penyanyi tersohor Malaysia. Allahyarham Sudirman Haji Arshad apatah lagi berjumpanya. Bagaimanapun, dia mengalami pngalaman pelik apabila tiba2 bermimpi menemui dan bercakap dengan penyanyi itu ketika tidur dirumahnya di Amsterdam, Belanda. Mimpi pada bulan April tahun lalu itu telah membuatkan Annalizza sanggup terbang sejauh 10,000 kilometer dari Amsterdam ke KL bagi mencari kepastian. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati apa yang dialami dalam mimpi itu sama seperti yang ditemui ketika menjejakkan kaki di pusara Sudirman di Termerloh Pahang. Kedengaran pelik, namun itu yang didakwa oleh wanita yg berasal dari Belanda. Kunjungan sekitar Oktober thn lalu semata2 utk merungkai banyak misteri terutama ttg Sudirman yang hadir dalam mimpinya berbulan2 seblum itu. Annalizza 57 mendakwa semuanya bermula sekitar April 2008 setelah dia bermimpi didatangi seorang lelaki kecil, kurus dan tidak bermaya yang tidur di sebelahnya dalam posisi mengiring. Dalam mimpi itu saya terkejut dan tertanya2 mgapa budak ini berada berhampiran saya. Dia nampak kurus dan tidak bermaya tetapi sempat tersenyum. Saya memegang tangannya, dan dia senyum lagi. Tangannya sejuk sangat dan dia memberitahu dia menghidap penyakit paru-paru berair. Waktu itulah dia memperkenalkan namanya sebagai Sudirman dan memberitahu dia ialah seorang penyanyi", katanya ketika ditemui selepas majlis tahlil Allahyarham disini kelmarin. Kehadiran Annalizza pada majlis itu menyebabkan kisah sedih pnghibur kebanggaan negara itu seakan2 timbul semula, lebih2 lagi esok genap 17 thn kematiannya.
Sudirman meninggal dunia pada 22 Feb 1992. Menurut Annalizza dia bukan peminat Sudirman malah tidak pernah mengenali penyanyi itu sepanjang hidupnya. Bagaimanapun dia mula merasakan perlu berbuat sesuatu selepas mimpi itu muncul pada April lalu. Dia tercari2 petunjuk. Selepas enam bulan mencari, dia akhirnya berjaya menjejaki keluarga Allahyarham Sudirman disini dan memilih utk datang ke Malaysia. Dalam mimpi itu, Sudirman juga menyebut dia mempunyi kakak yang tinggal di Bangsar dan menjaga dirinya dengan baik selama ini. Saya berjanji pada Sudirman dalam mimpi itu sambil memberi jaminan walaupun apa terjadi, saya akan datang dekat kepadanya, kata Annalizza.
Dia mengambil keputusan untuk berkunjung kerumah keluarga Sudirman pada Oktober lalu. Kediaman kakak Allahyarman iaitu Datin Rodziah Arshad, 66, di Bangsar ialah tempat Sudirman menghembuskan nafas yang terakhir. Annalizza berjaya menemui rumah itu setelah bertanyakan kepada byk pihak. Saya tahun alamat kediaman Sudirman menerusi mimpi. Apabila masuk dalam rumah ini, saya terus tergamam dan gementar kerana apa yang dilihat dalam mimpi sama shja seperti persekitaran dirumah ini. Hanya linangan air mata serta kalimah 'Allahuakbar' terkeluar dari bibir saya apabila melihat keadaan yang cukup luar biasa ini", terangnya yang menitiskan air mata. Smbung Annalizza lagi, dalam mimpi itu, Sudirman ada mnyebut empat lokasi termasuk tempat kelahiranya di Termeloh, Pahang. Ptunjuk itu membawa Annalizza melawat pusara Sudirman di kampun Chengal, Termeloh Pahang. "Sesudah sampai di pusara itu, kaki saya seperti dikawal utk terus menuju ke arah satu kubur. Ya, kubur itu milik Sudirman," katanya dalam keadaan sebak". Misteri tersebut tidak berakhir setakat itu. Sebaliknya ada sesuatu berlaku selepas wanita tinggi lampai itu menyedekahkan Al-Fatihah kepad roh Allahyarham. "Selepas berdoa saya sempat membuang daun2 kering di pusara Allahyarham. Ketika berada dalam kereta utk pulang, saya amat terkejut apabila mendapati ada dua helai daun kering terselit dalam beg tgn saya. Apabila mahu membuangnya melalui tingkap kereta, saya tk mampu melakukannya kerana tangan saya tiba2 menjadi berat". katanya yang membuat keputusan menyimpan dua helai daun kering itu di dalam sebuah buku sebagai tanda ingatan. Selepas pulang dari menziarahi kubur penyanyi itu, pada malam harinya dia sekali lagi bermimpi bertemu dengan Sudirman. Dalam mimpi itu seolah2 saya dan Rodziah duduk di satu meja yang sama. Ketika itu Sudirman berada di depan kami sambil duduk menongkat dagu merenung ke satu sudut. "setelah mimpi itu disampaikan kpd Rodziah, rupa2nya itu mmg cara Sudirman duduk semasa hayatnya".
Annalizza juga mengaku pernah bertanya kepada bebera individu pakar dalam bidang agama mengenai mimpi yg dialaminya. "Mereka (Pakar Agama) mengatakan mungkin saya pernah ternampak atau berselisih dengan Sudirman di mana2 di Amsterdam". "Bila saya bertanya kpd Rodziah, rupa2nya Allahyarham pernah ke Amsterdam sbyk 2 kali sepnjg umurnya". Selang 10 bln mengalami kejadian aneh itu, Annalizza kini mula mempelajari lebih byk perkata ttg Sudirman sekali gus mengagumi setiap karya penyanyi itu. Perbezaan umur Sudirman dan Annalizza ialah 2 thn. Jika Sudirman masih hidup hari ini, Allahyarham akan berumur 55 thn.

Info Annaliza
- Berwatakan menarik tinggi lampai persis model
- Mempunyai seorang anak lelaki berusia 25 thn
- 2 kali dtg ke Malaysia
- Matanya bengkak akibat banyak menangis dalam majlis tahlil utk Sudirman
- Sebelum memeluk Islam, beliau merupakan penganut agama Kristian Katolik
- Fasih berbahasa Indonesia setelah mendirikan rmhtgga dgn rakyat republik itu.
- Cukup bersyukur apabila Islamnya masih utuh walaupun masih tgal di tmpt
kelahiranya yg mengekalkan budaya cara hidup sama sebelum ini.

Kalo korang beli metro adala gambar Annalizza ;)

3 comments:

rhyzal said...

ni mcm copy paste kt web kosmo je..
ape2 pn..thx 4 d info zura.
aku x bc pn akhbar kosmo hri ni.
tq pembaca berita!!!
ahahaha..
;p

azura said...

cehh.. ni aku taip sndiri tau...sib baik aku punye kelajuan taip tahap ERL waakakka.

.:pUbLiC_eNeMy:. said...

poyo la kamu ini.. :D