07 February 2010

bila ingat ... mmg takott...

hai...pejam celik pejam celik dh nak masuk 8bln kandungan aku ni cepat gile aritu baru je dengar berita gumbira dari kawan2 wahh tahniah zura ko dh mngandong kembali huhu. adoi bila dingat2 detik lima tahun dulu waktu nak bersalin mmg seram dibueknyo, kesakitannye tidak dpt digambarkan walaupun aku dibedah sakitnye hanya Allah swt yg tahu.. Harap2 kali ni aku bersalin dalam keadaan yg normal tkmo bedah dah tp kalo itu cara yg paling selamat aku berserah. alamakk takot la.
skang ni aku dh tk leh nak tido lena..tiap2 malam mesti terjaga, baby aku ajak main kot tgh2 mlm, bila aku kaleh kiri dia tendang2 kaleh kanan dia main korek2 plak...tido terlentang dh tk leh nak napas..ayoyo anak mama ni, aku slalu bercakap ngan dia esok kita main lg yek, pehtu baru dia senyap n tido kot hehe. Harap2 danial dpt adik girl sbb dia lg xcited utk dpt adik girl dari aku hehe katanya baby girl comel ;)tp kalo boy jgak aku tetap bersyukur rezeki yg diberi oleh Allah swt yg aku harapkan semoga selamat n dapat baby yg sehat. ok aku ntikan tarikh keramat 30/3/2010 ;P

26 December 2009

Ada apa dgn novel?


sapa nk baca...p beli sndiri...haha

arini cuti...saja bwk danial g jalan2 klcc...slalu bwk picc je hehe..mula2 cam mlas nak p..yela tmpt org paling ramai kt klcc la...emm sampai jer terus p I Setan...beli baju preknen...isk..ni sume sbb psal diner spa la 11 jan ni..baju kurung dh tk muat..so kena gak la p cari baju elok sket..nasib kt i setan sale gile2...baju rege dekat rm100 dapat 50% murah sgt la tuh...tk sabar lak nak pakai hehe thn ni diner spa buat kt picc,,artis jemputan best gak..Jamal abdillah Dayang nurfaizah ngan nasir wahab....
pehtu dh letih beli baju...msk kinokuniya...tgok2 buku terjumpe novel twilight n new moon dlm version bm,,apa lg aku terus capai n bayar...dua buku dkt rm70..hehe best2 tp bla nak membaca nye tk tau la...tebal gile...baca buku lebih best n details...

18 December 2009

Selamat tinggal 2009...


Jalan2 di Kedah

Adoi...letih balik dari kedah pun tk abis lg dpt lagi beban bla masuk opis...huhu keje byk sungguh...tp aku gembira dgn keje2 tu..cuma kdg2 tk gmbira..ayo gembira ke tak gembira nih huh..ok la gembira2 hehe..ok dari dulu..lgsung tertekan akibat kebosanan tk de keje...skang ni ok la ada keje berkat sket duit gaji..hehe tk caya ke? tgok dlm akaun maybank aku tk usik pun duit gaji hahaa...cite balik kisah mgu lepas..jumaat lps kan..lahai rini pun dh jumaat kejap je..aku p kedah umah abg asben aku anak dia kenduri kawin..2 psg pengantin skali naik pelamin..meriah sguh..ni la fisrt time lps kawin aku p umah abg ipar aku..hhehe ni pun dh nk masuk 2 anak...;P syok gak gi sana ptg jumaat tu asben bwk gi bandar darul aman tmpt dia keje dulu..tingat masa aku bujang dulu..penah p skali indah sgt saat tu yela aku dari ipoh dtg naik bas smata2 nak jumpa bf hehe skang ni xbf la sbb dh jadi my asben..tp skang tmpt tu dh lain beno...ate sume banggunan nak letak...mlm tu p pekena char ketiaw pergg terangkat pungkoq sdp gile...adoi baby mama duk diam2 ek dlm perut sket lg je mama nak taip ni ..syg diaa..
ok dh tgh bln 12...pejam celik dah nak msk thn 2010 tp aku mcm ni je.mcm tk de kmajuan plak bla tgok kwn2 aku byk yg smbg study..niat dhati tu mmg ada nk smbg tp tah la blom betul2 trbuka...tunggu laa...tunggu lg adoi.




ni la netbook cumel aku hehe (Acer Aspire One)

lama giler aku tk update blog...lps ni bleh la update slalu..sbb dh ada netbook..tq my asben love u muahhh....k la aku ni dh mcm buat karangan plak dh...syhhh jap2 erk bunyi apo tu ya Allah danial tido ke mcm2 bunyi dia kuar ngantok sgt la tu..ok la tata nk tito

02 October 2009

Selamat Hari Rayee

Ok aku malas gilee nak update blog.... adoi..apa2 pun aku nak ucapkan selamat hari raya pada kenkwn maaf zahir n batin .............. YEYYYY RAYEEEE !!

06 August 2009

Moning sickness....


Ok aku dh mula muntah2..loya... benda yg paling aku tk suka...tp aku suka bila aku dh preknen hehe..alhamdulilah dpt rezeki lg...kandungan aku dh 3mgu..sket lagi danial dapat kwn takde la dia nak cakap sorang2 gelak sorang2 sian sayang mama tu..aku mula dpt tau pg smlm..dari pg aku asyik dok loya2 jee pehtu rasa pening2 lalat adoi awat lak ni...rasa tk sedap bdan...tk puas ati tghari tu p beli preknen test balik je dari alamanda terus p kencing test..achocho...itu line dua2 naik laju..alhamdulilah patut la aku lwt dtg period..pehtu terus kol hubby..abg ada brita baik .. apa dia? sya preknen..haa betul ke? betul..mlm itu jgak p klinik..3 kali doktor ucap tahniah kt aku..muka doktor tu lagi ceria dr aku hikhik lg 2 mgu dtg utk scan... danial pun dh 4 thn mmg dah boring dia duk sorang... alhamdulilah semoga kandungan aku sehat dan selamat... :)

14 July 2009

1001 Derita Micheal Jackson


Pagi Jumaat 26jun.. aku terkejut gile dengan kematian MJ. Sbelum ni aku tk pernah pun nak amik tahu pasal dia...cuma aku suke dgr lagu2 dia, suke tgok dia menari moon walk mmg buat aku ternganga la dgn tarian dia..ngat lagi masa aku kecik2 dulu pasang tv je mesti ada video klip dia lagu black n white suka part tukar2 muka tu hehe aku tk penah bosan tgok...atau pun video klip triller..mmg seramm ...tp mmg video tu la slalu aku nanti2 kalo bkak tv...tp skang aku rasa sedih plak wlaupun dia tk kenal aku...huhu..bla aku dgr lagu feveret aku You Are Not Alone.. rasa sayuu jee..tringat kt dia yg sbnarnya dia mmg betul2 Alone masa hayat dia..selepas kematian MJ aku teruja membaca kisah2 dia..ada je kisah dia dlm paper sure aku beli dan skang aku lebih mengenali MJ dari dulu...


semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Mikeel @ Micheal Jackson.


Artikel ni aku dpt dari Metro..dan disini baru tahu siapa sbnarnya MJ... :)


MASYARAKAT dunia tergamam apabila berita kematian mengejut Michael Jackson, 50, diumum media dua minggu lalu. Kisahnya menjadi tumpuan setiap media massa, tiada perkara berkaitan dirinya tidak dibincang, daripada punca kematiannya hinggalah kepada harta dan juga nasib tiga anaknya.

Senario itu sama seperti ketika Michael masih hidup. Dirinya tak pernah lari daripada tumpuan, lari daripada lensa kamera dan apa jua yang dilakukannya pasti menjadi perhatian.

Hakikatnya, Michael tak pernah hidup seperti manusia normal lain hingga ada yang terlepas pandang kemurnian hatinya.

Ahli silap mata, Uri Geller menganggap tragedi paling besar kehilangan Michael ialah kegagalan masyarakat membenarkannya hidup secara normal, kegagalan mereka menyelami hatinya yang suci.

“Beliau adalah pengapit pada majlis perkahwinan saya dengan Hanna pada 2001. Pada majlis itu, saya baru kenal siapa sebenarnya Michael selepas sepasang penceroboh muda meminta kebenaran untuk bersalam dengannya.

“Mereka hanya ingin mengucapkan ‘Hai...’ dan bersalam dengan Michael, tapi beliau sebaliknya memanggil mereka, memeluk setiap seorang dan kemudian menerima hadiah dan bergambar dengan mereka.

“Michael turut menyatakan penghargaannya terhadap ketulusan mereka dan berterima kasih kerana mengambil risiko untuk menyampaikan hadiah itu.

“Hakikatnya, itulah Michael yang begitu merendah diri. Beliau tidak berpeluang untuk menunjukkan siapa sebenar dirinya kerana bapanya memaksa beliau menjadi bintang seawal usia 10 tahun. Media turut perlu dipersalahkan kerana menyebabkan hidupnya tertekan dan terseksa.

“Namun, saya perlu puji dirinya kerana hatinya tak pernah berubah dan beliau merendah diri hingga ke penghujung hayatnya,” katanya.

Namun, Geller mungkin tersilap kerana Michael yang dinamakan Penghibur Terbaik Sepanjang Zaman oleh Buku Rekod Guinness pernah mengaku tidak kesal dengan pengalaman yang dilalui sepanjang hidupnya.

“Semua yang saya lalui berbaloi kerana saya cintakan dunia hiburan dan sentiasa gembira melihat masyarakat terhibur,” katanya ketika ditemubual Good Morning America menjelang sambutan hari jadinya yang ke-50.

Malah, beliau pernah menganggap dirinya umpama Malcolm dalam siri televisyen Malcolm in The Middle kerana berasa kosong apabila turun daripada pentas.

“Malcolm cuba menyesuaikan diri dengan masyarakat tapi tak mampu melakukannya. Begitulah saya yang berasa janggal apabila turun dari pentas,” katanya yang memenangi 13 anugerah Grammy manakala albumnya terjual 750 juta unit di seluruh dunia.

Anak ketujuh daripada sembilan beradik yang lahir di Gary, Indiana ini mula menyanyi ketika berusia seawal lima tahun. Dengan dorongan ibunya, Katherine dan desakan bapanya, Joe Jackson, Michael dan empat abangnya digabung menjadi Jackson 5 yang menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman Motown ketika usianya 10 tahun.

Nama kumpulan itu melonjak apabila jualan album mereka mencapai tahap platinum dan baberapa lagu, antaranya ABC, I Want You Back dan I’ll Be There menduduki tangga teratas carta lagu.

Wajah Michael pada ketika itu sentiasa tersenyum riang, tapi tiada siapa tahu hatinya terseksa.

Hanya pada 1993, ketika ditemubual pada rancangan Oprah Winfrey, beliau mampu bercerita mengenai keperitan hidupnya pada ketika itu dan mendedahkan akibat terlalu takut, beliau jatuh sakit hanya dengan melihat wajah bapanya.

Beliau turut mengaku sentiasa berasa sunyi meskipun dikelilingi peminat.

Sepuluh tahun kemudian, dalam dokumentari penuh kontroversi dihos Martin Bashir, Michael yang menangis teresak-esak mengaku dipukul dengan teruk oleh bapanya andai gagal memenuhi tahap persembahan ditetapkannya.

Pada masa sama, akibat terlalu sibuk dengan persembahan pentas dan latihan, Michael tak pernah menikmati zaman kanak-kanaknya. Tidak hairan jika beliau melaburkan wangnya untuk membina pelbagai permainan di estetnya di California, Neverland.

“Saya tak pernah berpeluang melakukan apa yang dilakukan kanak-kanak lain. Malah saya tak pernah meraikan Hari Krismas. Kini, saya cuba menggantikan apa yang saya gagal nikmati sebelum ini. Saya tak pernah marah, tapi sedih setiap kali mengenang zaman kanak-kanak.

“Namun, saya sudah maafkan bapa. Beliau kini lebih baik, mungkin sedar anak adalah segala-galanya baginya. Hakikatnya, hidup kita tidak bermakna tanpa keluarga,” katanya ketika ditemubual pada 2001.

Tidak hairan jika Michael gembira menghabiskan masa dengan tiga anaknya, Prince Michael, 12, dan Paris, 11, yang dilahirkan bekas isterinya, Debbie Rowe, dan Prince Michael II yang dikenali sebagai Blanket.

Beliau memperoleh hak penjagaan penuh ketiga-tiga anaknya pada 1999 dan Michael mengaku tanggung jawab besar itu mengajarnya untuk sentiasa merendah diri dan melihat dunia melalui mata kanak-kanak yang sentiasa bersifat ingin tahu.

“Saya umpama kanak-kanak. Saya masih teruja melihat awan dan matahari terbenam. Sebagai bapa, saya bagaimanapun memiliki tanggung jawab besar memastikan mereka dijaga dan dibesarkan dengan baik.”

Namun, beliau turut pernah dikecam hebat kerana mendukung Prince Michael II yang baru berusia 11 bulan keluar balkoni hotel di Berlin dan Michael memohon maaf atas kesilapannya.

“Saya tidak akan sekali-kali membahayakan nyawa anak- anak saya,” katanya.

Gaya hidupnya yang pelik, antaranya tidur dalam tabung oksigen, berkawan dengan chimpanzi, Bubbles dan melakukan pembedahan plastik berulang kali menyebabkan beliau dianggap pelik dan kemuncaknya, beliau digelar Wacko Jacko. Gelaran itu mengguris hatinya.

“Nama itu amat kejam. Saya punya hati dan perasan. Mungkin mereka cemburu, tapi saya tak pernah melakukan sesuatu yang gila. Saya pergi ke hospital dan rumah anak yatim dengan puluhan hadiah dan berbelanja puluhan ribu dollar untuk berbuat baik. Apakah itu gila?” soal Michael yang nyata terguris dengan gelaran itu.

Beliau mula mengasingkan diri daripada tumpuan media dan selepas dibebaskan daripada tuduhan mencabul remaja 13 tahun, Gavin Arvizo, pada 2005, beliau memutuskan untuk mengasingkan diri.

Tuduhan itu yang kedua selepas membuat penyelesaian luar mahkamah didakwa bernilai RM7 juta hingga RM161 juta kerana dituduh mencabul Jordan Chandler, 13, pada 1993.

Namanya bagaimanapun terus-menerus menjadi buruan media yang sengaja menyiarkan berita negatif mengenai dirinya, termasuk berita mengenai hutangnya dengan kerabat Bahrain dan ketagihan ubat penahan sakit.

Jika di hujung hayatnya, nama Michael boleh dianggap tercemar, tapi selepas kematiannya, masyarakat dunia melupakan semua itu dan ingatan semua pihak hanya tertumpu kepada bakat dan muziknya.

“Beliau penghibur berkarisma dan saya percaya bintang Michael kini bersinar dengan lebih terang,” rumus Geller.

sedih dow :(

11 July 2009

Makanan untuk tengahari ini



First time buat Asam Pedas Ikan Pari...tk sangka aku pandai msak hehe :) mula2 hubby ckap pelik...pelik2 pun habis gak 3 4 ketul ikan...hehe. Aku sbnarnya suka masak...tambah2 kalo hubby ckap sedap..mula la nak blajar masakan lain plak .. mesti mak aku tk sangka aku bleh msak asam pedas hahaha..sbb dulu nak msak nasi goreng pun tatau ... :P



Menu tmbahan utk lauk tghari sotong + udang goreng kunyit yum yum ....