17 December 2010

Movie bersama-sama family :P

Hari ni hari jumaat tau bukan sabtu bukan ahad, selalu kalo tengok muve ngan family ni pasti hari sabtu or ahad kan so aku buat kelainan sket tgok muve hari jumaat tengahari time org sembanyang jumaat dan time lunch hour hoho sangat setan. Aku ni kalo sedara mara datang rumah kalo diorang nak ajak g mana2 tersangat2 la berat hati kalo tidak memenuhi permintaan mereka, kalo boleh aku nak jadikan cuti diorang tu penuh dengan keindahan  Woww sweetkan aku, so permintaan kakak ipar dan anak2 buah asben aku penuhi dengan membawa mereka nonton cite Hantu Kak Limah balik rumah demm! ni la first time aku tgok cite melayu  kt panggung Woww sweet kan aku, cite hantu tu sangat la kelakar sehingga nak terkencing2 aku (sbb minum air byk gile). Cite tu nak cakap best sangat tak laa, tp kalo tgok dvd pun dah berbaloi aku bukan tak nak support muve tempatan ni cuma kadang2 aku rasa mcm rugi plak kalo tgok cite yang aku rasa kurang feel..tapi kalo beli dvd original pun dah cukup membantu apa. Apa2 pun aku sangat2 terhibur hangout ngan Danial dan sedara mara ku Woww sweetkan aku.


Enjet-enjet semut sapa sakit naik atas... LOL

Esok sabtu so diorang nak melawat pulak ikan-ikan kat Aquaria KLCC demm! gaji tak dapat lagi nehh terpaksa la aku buat keje yang tak sanggup sangat aku buat iaitu merompak bank, oi salah ke aku merompak bank bukan aku rompak duit korang pun, camne la aku nak p Haji camni, simpan duit kuar duit simpan duit kuar duit muka kakak kaunter bank tu memang nampak ketat semacam je mesti dalam hati kakak tu ckap " pehal la minah ni baik tak yah potong gaji tiap bulan penat2 je simpan tapi tiap2 bulan gak dia kuar gile cepghre pe" takpe la kak saya setuju T_T (sambil lipat kertas no giliran masukan pd lubang kurang memuaskan hoho).

14 December 2010

I can't Wait!

Arini Danial balik dari kampung gile lama betul dia duk kt kampung pergh ayat baru 3 mgu kot bukan 3 tahun hoho, rindu aku pada anak teruna ku camne la muka dia 3 minggu tk jumpe gemuk ke keding ke itam bekilat ke biasa la kat kampung banyak geng, orang nak membebel tak de happy sangat la dia hah balik ni tau la kamu dengar bebel mama ni. Serius aku tak sangka aku dah ada anak teruna rasa baru je bercinta ngan anak teruna orang, beb aku dah ada anak teruna yang berusia 5 tahun wahh cepat sungguh! tup tup wahh aku dah ada menantu pompuan pergh tak bleh terima aku dah tua LOL, tadi aku call Danial borak2 antara adik dan kakak cewahh

Mama : Danial, mama rindu la bila nak balik putrajaya ni
Danial : Mama, rindu tu apa?
Mama : Rindu tu macam kita dah lama tak jumpa lepas tu kita rindu la
Danial : Oooo.. mama Danial rindu kat mama laa
Mama : Ye mama pun sama
Danial : Mama.. Danial rindu kat adik Iva, Sufi, Iqbal, Auni(kwn2 skolah), Teacher ilah , Teacher bla bla bla
Mama : Mula dahhh -__-"

 kalo tangkap gambar mesti mulut macam tu... haisssh..sib macho sket dari Doraisamy


Iva Marissa dah macam muka abang dia dah... muka aku dah takde T_T

Whoaa! Sib rumah tak selerak sangat, so tak de la mengelabah sangat, mak mertua nak datang so kena la buat rumah kasi heaven sket percik2 minyak wangi sket. Emm peti ais dah penuh  dengan sayur ikan2 konon2 la tu aku adalah menantu kaki masak haha padahal kaki goyang je, dapur dah lama tak berasap boleh kira kot bape kali aku masak dalam sebulan ni sejak danial kat kampung memang aku jarang masak sebab tak de org bising2 nak makan nasi,  En hubby skang tak makan malam so aku cuma masak sabtu ahad je, aku pulak memang dalam proses mendietkan diri :P

10 December 2010

Sick Day



Hari ini baru la rasa sehat sikit walaupun still batuk tapi tak la seteruk first demam aritu. Demam memang menyeksakan demmit! aipp! mana boleh cakap mcm tu, ok seronok betul bila demam yay saya demam T_T kita patut redha di atas kehendakNYA. Dengan kehadiran demam ku ini Iva Marissa telah berjangkit ohmay! pls la demam bleh tak jangan seksa budak tu sebab aku lagi terseksa bila tengok dia demam. Oh ye kawan baik ku Fiffy turut menerima tamparan ini, sian kamu tu la aku suh main jauh jgn datang dekat-dekat kan dah berjangkit demam tapi takpe kita ada suara yang sama suara yg apabila cakap ada bunyi sengau-sengau diikuti bunyi kahak2 yg menyedapkan eeww!  oh yeah anak buah ku Mimi yg rumahnya sebelah blok dr rumah aku turut demam dan batuk yay! :P tabahkan hati mu menempuhi cabaran dariNYA.

Ok kat sini aku nak bagi tips untuk meredakan demam dan selsema

Bagi kanak-kanak bawah umur/bayi
1. Bagi bayi minum airmasak banyak (kalo dia kepamkan bibir dia buat macam anda sedang mkn benda yg sgt sedap lepas tu cuba konon2 suakan benda yg kita mkn kt mulut dia comfirm dia bukak dah cuba kt iva haha mmg kuat mkn betul budak tu)
2.selsema- letak hidung bayi dengan kunyit hidup (bukan serbuk kunyit ok... itu utk goreng ikan bukan goreng hidung)
cara : tumbuk halus kunyit hidup dan ambil air kunyit sapukan dihidung

Bagi yang dah dewasa
1.  Makan Aiskrim Vanilla (ais krim  Mcd cone vanilla sedap nyum nyum)
2. Minum air masak banyak-banyak (sampai buncit)
3. Selsema- Rendam kaki dalam air panas suam berlimau bleh pakai limau nipis dan kasturi (bukan limau ais feveret aku) 
cara : sebaldi air yg telah dicampur air limau dalam 5 biji camtu
Kemudian tutup kepala dengan tuala dan halakan muka diwap2 air tadi
insyallah selsema akan berkurangan dan kering

selamat mencuba! jangan malas kalo nak sehat

21 November 2010

Apa lagu kenangan korang?

Korang mesti ada lagu kenangan kan? lagu yang akan mengingatkan kembali kenangan2 lama bersama insan2 tertentu tak kira la sapa balak ke awek ke nenek ke atok ke musuh ke jiran ke cetiharam ke yang penting lagu2 tu akan mengingatkan kita pada orang2 itu. Aku ni kalau nak dikirakan memang banyak lagu kenangan tapi lagu yang aku post ni salah satu lagu kenangan aku bersama balak aku iaitu husbandku. lirik lagu ni adalah sangat2 indah :P. Dulu kalau bagi surat ke note ke mesti selit2 kan ayat lagu ni hahaha ye laa dulu tak de handphone jenuh le nak tulis2 surat.. tapi tulis2 surat ni lagi romantik kan weee .. gile banyak surat2 cinta aku simpan, surat nak berkenalan dari mat indon sebelah rumah pakcik aku pun ada aku simpan lagi kenangan tu beb :P best bila dapat baca balik kelakar gile hahaha


Sinar matamu menerangi jiwa
Melagukan siulan asmara
Apakah satu kuasa
Meresap dalam sukma
Menyintaimu bagaikan lagenda
Senyumlah sayang
Renunglah mata ini
Bicara tentang hati ini


Berlari aku mengejari
Damainya cinta kasihmu ini
Berdua kita menyelami dasar cinta
Oh alangkah seksanya merindu
Bila tidak memandang wajahmu
Ku berharap ku berdoa
Bisikan rindu darimu... syahdu
Sentuhanmu mendamaikan jiwa
Dakapanmu hangatlah suasana
Biarpun masa berlalu
Kasihku tetap satu
Menyintaimu segalanya bagiku

Penyanyi: Amy Mastura
Tajuk Lirik Lagu: Bicara Hati

p/s kt sini aku post lirik je nak dgr lagu ni camne g youtube yek :P

12 November 2010

Patut ke?

Oh! Friday??..Yay!
Patut la pagi ni aku rasa senyap sepi je dalam kereta rupa-rupanya si Danial tak ada.. dia tak sekolah arini pasal sekolah tutup 10hari ada kes sakit kaki tangan mulut..ok sangat bahaya.. so aku hantar Danial kejap kat rumah pengasuh Iva Marissa juga pengasuh lama dia, ingat rasa tenang la sikit Danial tak ada dalam kereta..tapi aku rasa macam sunyi pulak sebab tak de soalan-soalan merapu yang selalu keluar dari mulut dia yang kadang2 bikin aku panas nak jawab .. kadang2 tak senang aku nak karaoke dalam kete sebab kena jawab soalan dia huh! Minggu depan dah cuti sekolah patut ke aku tinggalkan dia kat kampung? ye aku tak pernah pisah lama dengan dia kadang2 rasa cam kejam pulak paksa dia bangun awal mandi siap2 gi sekolah ketika cuti sekolah. Tapi kakak kat kampung dah bising2 suruh tinggalkan Danial -__-  keputusan mutlak terletak pada hubby. Tapi kalau Danial tinggal kat kampung kompem aku akan rasa sunyi.. bila balik keje Danial tak ada..huhu.. kasih sayang Ibu macam tu laa :D

p/s nak kena tido awal arini..pasal pagi esok ada friendly badminton lwn dgn JPM. macam la aku ni terer sgt main jap2 org kol ingatkan aku psal game esok -_-" dead!!

21 October 2010

Iva Marissa dah 8bln Yay!!

Yay! Iva Marissa dah nak masuk 8 bulan pada 31 Oktober ni...alahai cepat sungguh tk puas tgok dia masa baru lahir :D. Iva Marissa dah pandai meniarap, pusing 360 darjah dan pandai goyang2kan badan ketika meniarap alalalalaa gerammmm nyee mama tengok :D
Nah! gambar terbaru dia :P
Rambutku ada serupa Rihanna tak haha

06 August 2010

Come on laa zuraaaaaaa.................

Inilah Ibuku.... engkau lah RATU hatiku..

Aku ingatkan aku sebuk wat keje di ofis aku bleh lupe kesayuan aku arini tp tidak aku tidak boleh berpura2 aku tk boleh bohong pd diri sendiri sebenarnya aku kalah aku tewas utk tidak merindui pada dua org  itu ...org tu adalah mak dan abah aku .. aku ceria n happy slalu tp tak ada seorg pun tahu ini ati sangat pilu uwargghh... dulu2 masa kt hostel kalo rindu sgt kt mak..masuk kepala dlm loker nangis sepuas2nyee...tkde org nmpak cuma org dengar jee..tp skang nak benam kepala kt mana beb...pehtu kalo rindu kt mak..mak mesti ckap nanti mak letak bulu ketiak dlm botol..kalo rindu cium laa hahaha yelaa asyik duk bwh ketiak mak je .... aku rindu beb rindu nak tgokk  senyuman dan ketawa mak bila aku buat lawak , mak akan gelakkk sampai tk dengar suara dia huhuu..


Tiba2 aku teringat  mak dandan kan rambut aku pagi2 utk kesekolah pehtu aku kena marah sbb aku tk nak mak tidak mendandan kan rambut ikut citarasa aku... aku tk suka mak dandankan rambut selain tocang 1 mak suka pelbagai gaya dandan lipan laa dandan 2 laa  dia nak tgok anak dia yg comel ni lagi comel hikhik tp aku sentiasa kalah dan akur aku pegi skolah pagi tu dgn muka masam sbb tk buat tocang 1, tiba2 aku teringat satu aritu mak kejar aku satu rumah sbb bangun pag i jam 1 tghari mmg ari2 aku bgun lmbt hehe tah kenapa aritu mak aku badmood kot..ye la angin laa mak aku gerakk tk bangun ketuk pintu tk bangun jirus air pun tk bangun skali dah bangun bleh plak termenung atas katil mmg kena kejar laa ... aku akan lari berkaki ayam selaju mungkin bila dah jauh mak dah tk larat kejar dan aku tk akan balik dlm beberapa jam so aku mgisi masa melepak jap kt umah kwn aku...kwn aku dah tau dah kalo aku dtg umah dia tiba2 tu dah tentu aku kena marah dgn mak aku then bila balik mak aku dah lupa nak marah dah hahaha ok aku jahat...bukan jahat tp nakal je ;)  tp satu je mak akan kalah dan akan ikut ckap aku bila aku cium pp dia sambil berkata mak cu sayangg mak muahhh ok aku mengaku aku adalah sangat manja dan mengada2 bila aku dekat dgn mak dan abah aku...dulu2 kwn dan sedara mara slalu ckap aku ni anak manja dan mengada2 sbb anak bongsu kan...tp aku tk penah mengaku ponn....


mak penah pesan sebelum aku kawin.. cu (pgilan anak bongsu adik chu) bila ang dah kawin dan jadi ibu nanti ang akan rasa macam mana perasaan seorang ibu dan isteri.. ok aku dah rasa sekaranggg ye sekaranggg...ok sangat pedih rindu sedih pilu huhu..dulu2 kalo rindu kt mak esok jugakk aku balik kg...tp sekarang tiada lagi..paling koman pun ujung bln la baru balik jenguk mak dan abah..ye aku sedar aku bukan lagi milik mak abah tp milik suamiku.. tp sampai laa ni mak kakak dan abang2 aku mcm tk percaya aku dah kawin dan ada anak hehehe dorang still lg ingat aku ni anak dan adik yg kecik yg tk pandai jaga diri huhuu... korang nak tau aku tk penah balik sekolah naik bas..ok sgt kejam kan...sbb abah aku risau org culik aku..hahaha kwn2 aku dok gelak je.. aku jeles tgok kwn2 aku bersuka ria dlm bas...ek boleh mcm tu ..ngeee..tp aku bersyukur mempunyai kedua ibu bapa yg sgt2 bertggjwb..mendidik aku menjadi seorg anak yg tahu jaga maruah keluarga ;)..aku mohon pada mu Ya Allah...panjangkan lah umur kedua ibubapaku...berikan kesihatan yg senantiasa pada mereka Aminnn....


sekarang aku dah pun memilik sepasang cahaya mata yg sangat comel aku dah rasa sekarang mcm mana perasaan mak aku bila anak tk dengar kata .. huhu yaaa rasakan padan muke aku :P inilah balasannye